Cara daftar Pertubuhan / NGO dengan ROS / JPPM
Salam Jumaat. Semoga artikel ini berguna untuk semua.
Kalau nak daftar syarikat, kita pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Kalau kita nak daftar pertubuhan atau kelab, kita pergi JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) atau lebih glamor dengan nama ROS (Registrar of Society).
ROS buat sistem e-roses untuk memudahkan urusan pendaftaran ini. Hanya Setiausaha pertubuhan yang dibenarkan membuat permohonan baru.
Pilih nama NGO dan alamat pejabat
Nama NGO mestilah unik iaitu belum ada yang daftar nama tersebut. S/U boleh periksa dulu dengan pejabat ROS.
Nama mestilah dalam Bahasa Melayu dan diikuti oleh Bahasa Inggeris dalam kurungan, kalau ada. Ini mungkin akan jadi sebab permohonan ditolak jika tidak particular dengan ejaan nama.
Alamat pejabat persatuan sangat penting kerana ia menentukan ROS negeri manakah yang akan memproses permohonan anda. Jika alamat NGO di Hulu Selangor, ROS Selangor di Shah Alam yang akan memproses permohonan ini.
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat ini.
Setiap persatuan memang boleh berdaftar TAPI kalau anda tak mahu pening-pening fikir pasal nak pakai nama apa, AJK berapa orang, taraf kebangsaan ke negeri, macam mana? Nak MUDAH, sampai selesai kami bantu! RM2500 SAMPAI SIAP berdaftar persatuan anda!