Taman Sri Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

KHIDMAT DAFTAR PERSATUAN

Pertubuhan Khairat Kematian

Daftar Pertubuhan: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Mendaftar pertubuhan bukanlah satu proses yang rumit seperti ramai sangka kerana sekarang banyak perkara dah boleh lakukan di atas talian sahaja. 

Perkara ini termasuklah mendaftar pertubuhan anda. 

Namun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum mendaftarkan pertubuhan anda. 

Nak tahu macam mana?

Ketahui bagaimana cara menubuhkan pertubuhan dan cara mendaftar pertubuhan di Malaysia. 

 

Biasanya ramai yang tahu kalau nak daftar syarikat, kita perlu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

Tapi kalau nak daftar pertubuhan atau kelab pula, nak ke mana?

Anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau dalam bahasa Inggeris, Registration of Societies Malaysia (ROS). 

Pertubuhan atau kelab apa yang perlu mendaftar dengan JPPM ni?

Menurut JPPM, apa-apa pergerakan, pertubuhan atau persatuan yang mempunyai minimum 7 orang ahli perlu didaftarkan. 

Tidak kiralah apa jenis pun atau apa tujuan pun, sama ada sementara atau kekal, mesti didaftarkan. 

Tetapi, kalau pergerakan, pertubuhan atau persatuan itu mempunyai akta/undang-undang khusus yang lain, ia tidak perlu didaftarkan di bawah JPPM. 

Contoh pertubuhan belia perlu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 1997, dan lain-lain akta yang berkaitan. 

 

Amalia Kamila

I am a company director, special officer, associations manager, societies advisor, leader and NGO consultant starting in 2010. Graduated from UTHM Malaysia in the field of Real Estate, I chose to venture into political activities instead of practicing my property knowledge due to my avid interest in the social works. I always seek experience and improve useful knowledge, which can be benefited through good communication skills, problem solving skills to enhance personal performance, productivity and quality.

Alt Text
Amalia Kamila Holdings Sdn. Bhd. involved in NGO consulting services with government control agency and ministry officials as well as assisting in government tenders, stationery & gifts supplies, and also has experience in attending companies tax refund matters, production house related businesses and music/song composition.
Company
Product & Services
NO. 31, JALAN U 19/6, TAMAN SRI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR